click

Sunday 30 December 2012

Bebola udang pedas

Bahan-bahan
500g udang segar dibuang kulit dan dicincang halus*
2sb tepung ubi kayu*
1sb tepung gandum*
1st serbuk lada hitam*
1 biji telur*
50g serbuk roti
3 biji cili api - ditumbuk*
sdkt daun ketumbar dipotong*
sdkt grm dan gula*
1kiub pati ayam @ secukup rasa*

Cara
1.Satukan semua bahan bertanda *.Gaulkan sebati.
2.Bulat2kan bahan2 tersebut.
3.Golekkan di atas serbuk roti,kmdn goreng


inilah hasilnya...






Masak lemak udang bersama belimbing buluh

Masakan yang sangat simple....jom cuba

Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana @ besar
15 biji belimbing buluh ( diketuk )
500ml santan
3ulas bawang merah*
1 inch kunyit*
5 biji cili api*
1 sudu teh cili giling
# semua bahan bertanda * ditumbuk halus
Cara
1.Masukkan santan ke dlm periuk
2.Masukkan bahan bertanda * yg tlh ditumbuk halus
3.Kacau santan lbh kurang 5mnt,mskkn belimbing buluh
4.Kacau shgga mendidih kdn mskkn udang
5.Perasakan dgn garam dan gula
# Udang tdk blh dimasak terlalu lama krn akn mybbkan udang mnjadi keras




Friday 14 December 2012

muffin coklat

Resepi yang sangat2 simple....saya buat bersama anak2 tersayang...

Bahan bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2biji telur
50g gula castor
60g tepung gandum
1st baking powder

cara cara

1.Cairkan coklat...double boiler

2.Masukkan mentega,kacau shgga mentega cair.
sementara tu panaskan oven ke 170c

3.Dalam bekas berasingan,masukkan telur dan gula.Kacau sebati

4.Kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam mangkuk coklat tadi,gaul sebati

5.Ayakkan baking powder dan tepung ke dlm bekas coklat tadi,gaul lagi

6.Isikan adunan ke dalam bekas muffin separuh penuh.Bakar selama 20-30minit


ni lerrr muffin nyer

Soy Protein Isolate Powder

Kenapa ESP sangat2 baik untuk family kita...jawapannya kerana protein adalah asas makanan kepada sel.
Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel.Apabila sel sihat dan cukup powerrrr,maka penyerapan nutrien lebih optimum.

ESP bertindak mengawal selera makan kita,sekiranya kita makan dengan kadar yang sedikit,ESP mampu menampung keperluan badan kita untuk seharian tanpa cepat rasa lapar...mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan membekalkan tenaga sepanjang hari...

ESP juga dapat menambah susu badan bagi ibu2 yg menyusukan bayi mereka...menggebu dan menganjalkan kulit...dan bagi yang ingin dapatkan zuriat amat baik juga kerana ESP ini memelihara dan memulihara rahim jg menambahkan tenaga dan kestabilan hormon...

Bak kata org klate...'molek ddo'oh'....supplement yang sgt lengkap untuk badan....

produk shakleee

Makan-makan time......

Bismillahirr rahmanirrahim......salam seindah suria semua...
Semoga kwn2 semua dlm lindungan Allah  hendaknya

Alhamdulillah hr ni stlh seharian bertungkus lumus myiapkn kerja2 rmh yg trtunggak  akhirnya dpt jgk sy melangsaikannya dgn bantuan hubby n ank2...

Terima kasih diucapkn pd hubby n ank2 trsayang,krn sudi mmbantu ibu mgemas n myiapkn kerja2 rmh..bg mghargai jasa diorg hr ni kena temankan suami n ank2 mkn kt luar biarpun bdn rasa penat sgt,tulang2 dh rs cam nk reput dah...tp kesian lak kt diorg dh penat2 tolong...trpksalah gagahkan jgk tmnkan diorg mkn kt luar..
Malam ni kami keluar mkn kt Flaming Steamboat Kota Kemunig je,ank2 terutamanya kakak suka sgt la coz mmg 'peberet' dia seafood ni...

Sebenarnya ni dh msk kali ke3 kitorg mkn kt flaming steamboat ni,tempatnya agk ok
la,harganya pun agk berpatutan...rm26.90 untk dewasa dan rm9.90 untuk knk2 4thn ke
atas...boleh mkn sampai muntah...berbaloi2...heheheeee.Dibuka dr jam5ptg-12mlm..

Family saya lebih suka dtg ke Flaming steamboat ni drp restoran steamboat yg lain,sb kt sini byk pilihan...kal kt Tupai2 sek13 tu pun ok gak,sesuai kal bw ank2 mkn sb tmpatnya santai...Segi 3 in 1 pun kami pernah cuba tp kt sini x byk pilihan,tmpat pun terhad.
Kami akn cuba steamboat area Shah Alam D'Kayangan pulak...
Kepada kwn2 yg sukakan steamboat boleh la cuba mn2 yg saya sebutkan tu,tmpt2 ni semua di Shah Alam...

 ni la flaming steamboat tu

 kakak dah x nampak org dah...

menyelerakan...mkn seafood je,nasi dah x blh masuk...


Flaming Steamboat Buffet
Shah Alam Branch

No. 7 & 9,
Jalan Kemuning Prima A33/A,
Seksyen 33, Shah Alam,
40400, Selangor.
(We are located near Kemuning Utama Giant, Facing Jalan Bukit Kemuning, same row as Seng Heng & HLK)

Operation Hours:
5pm to 12midnight everyday

Enquiries & Reservations:
Call Us at:
03-5131 5138
012-7003 771
info@flamingsteamboat.com


Thursday 29 November 2012

Cuti sekolah.....yg memenatkan..

Salam semua....

Hari ni sajer nk curi masa skt untuk update blog,lama sgt dh x berkongsi citer...tp xder apa sgt pun nk cerciter...
baru skjp tadi myiapkn assgnmnt,so skrg nk release tension skt layan blog pulak,malam karang kang nk study n stidur pulak....alhamdulillah 2 assgmnt yg dh agk nk expired date nye dh dpt disiapkan dgn jayaaanyaaaa...ceeewah..
Hari ni x menyempat nk masak mknn untk ank2 ( menu istimewa )...nasib la diorg faham ibunya busy skt.masak ns grg jer pg merangkap ke tghri...tp alhamdulillah diorg suka n x byk merungut...

Jam menunjukkan ke angka 3ptg...tiba2 si adik cakap "ibu,adik lapar la...rasa cam nk mkn pizza jer..." ibu: alaaa dik ibu kan busy,byk keja la syg x sempat ibu nk msk pizza",adik pun ckp " bkn pizza ibu la,tp pizza yg sedap tu...yg ibu cakap ngan kawan ibu dlm talipon tuuu..."haahaaa n waaaaaa....yg haahaa nyer 'pizza yg sedap' adik ckp,mksdnya pizza ibu x sedap la tu...yg waaaaaa nyer yg 'ibu ckp ngan kwn ibu kt talipon tu'...tu mksdnya delivery pizza la tuuu...x menahang betulll....
akhirnya trpaksalah ibu meng'call 'kawan' ibu tu...melayang jgk lah rm ibu...

Dah hampir semiggu kitorang tggal 3 beranak jer,abah g out station...rindulah.Anak2 pun selalu cakap x best la abah xder,muka monyok jer mmanjang..asyk2 ty bila nk sek,esk cuti lg ker..terutamanya si adik,dia ckp nk g sek nk jumpa kwn2...katanya boring kt umah naper lama sgt cuti..masalahnyer ibu nk bw ank2 bercuti pun x blh sb satunya abah xder,keduanya ibu nk exam,jd xleh la nk enjoy sgt..tapi kal ibu g kursus ibu call kt umah ty adik wat per...adik n kakak ngan riang nyer jwb adik n kakak kt luar,abah bw ronda2 naik motor...best la ibu...adduhhh...nmpknyer abh pandai tul pancing ank2....melayan karenah diorg..tq n love you hubby..

K lah...ank2 dh konyang...diorang nk tidoq ptg la pulak...kena layan diorg dulu,stop sini dulu nnti ada masa smbg lg...byeeee



ni la pizza kawan ibu yg sedap tu....




Monday 26 November 2012

Study week...haru biruuuuu

Lamanya saya x mengupdate blog...kebelakangan ni sibuk memanjang...lg2 skrg ni nk kena study hard coz exam tggl brp hr  jer lg...tinggl brp jam jer lg kal tolak ngan mkn,tdr,tenet@ google....heheeee sempat lg tu tenet...

Aduh azabnyer bila study last minute ni..x th nk bc yg mn dulu...ni lah akbtnya kal suka sgt brtgguh..mklumlah alasannya byk keja kt sek,nk tggu cuti sek gak br nk settle semua keja yg trbengkalai kt umah.....itu semua alasan2 ciptaan sndiri...waaaaaaaaa

Apa2pun semoga Allah mempermudahkan urusan study saya krn exam 8,9,15 & 23 nov ni pasti akn dtg x kira sy dh bersedia ataupun tidak.....

Jom sambung study....hbs exam nnti kita jumpa lg kal berkesempatan insyaallahhhh...

baaaarakallah......



waaaaaa....cpt lah berlalu..

 kt library bank negara

heheeee....tggal buku n kasut jer..orgnya dh lari....

Sunday 7 October 2012

Solok Lada....

solok lada 
Resepi Solok Lada

1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu lada hitam
3 biji bawang merah
1 inchi halia
Santan drpd sebiji kelapa
7ekor ikan sardin / ikan kembung ( lagi byk lg sedap )
10 biji cili besar - dibelah dan dibuang bijinya ( saya pakai cili hijau dr kelate )
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1.Rebus ikan bersama sdkt air,garam dan asam keping.
   Setelah masak asingkan isi ikan dan tumbuk 
2.Tumbuk bawang,halia dan lada hitam.Campurkan ke dalam isi ikan dan kelapa parut.Gaulkan
3.Setelah digaulkan tumbuk kesemua bhn tersebut.
4.Masukkan bahan yg tlh ditumbuk ke dalam cili yg telah dibelah n dibuang bijinya.
5.Susun cili yg telah siap ke dalam periuk,masukkan santan dan masak shgga santan agak kering.


Tuesday 2 October 2012

Pizza sambal spicy


sama x cam sambal spicy domino's punyer

Dough
200gm tepung gandum
1sb susu tepung rendah lemak
1sb myk sayur @ minyak zaitun
1sb dry yeast
1st gula @ madu
Secubit garam,air suam
Cara:Campurkan semua bahan bersama air.Uli shgga doh lembut.Hasilnya doh tidak melekat pada tangan dan bekas.
Ambik doh dan leperkan di atas dulang pembakar yg tlh disapu dgn marjerin.Tutup dgn plastik dan biarkan seketika

Sauce
1labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb myk zaitun untk menumis
4 sb tomato puri
3 sb sos tomato
1 sb sos cili pedas ( life )
1 st oregano
1 st mix herbs
garam dan gula secukup rasa
Cara:Tumiskan bwg,masukkan semua bahan dan perasakan

Topping
Udang,ayam,sosej,daging,tuna ( blh masukkan apa2 shj yg digemari )
Capsicum merah dan hijau ( sy pakai cili merah sekali sb nk pedas )
Cendawan butang,bawang besar,nenas
cheese ( letak byk2 baru sedap )

Cara:Sapukan sos ke atas roti pizza,taburkan cheese,susun bahan2 topping dan sekali lg taburkan cheese.Bakar pada suhu 180c selama 35minit...bergantung pada oven.




Sunday 30 September 2012

Tom Yam Thai ( seafood )

Hari ni saya nk berkongsi resepi tom yam seafood ngan kwn2 sumer.Resepi ni biase2 jer saper2 yg baru nk belajar masak pun boleh cuba...senang dan ringkas...Jom kita layan resepi dulu....



Perencah Tom Yam ( pes )
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
7 biji cili kering
1 inchi lengkuas
3 batang serai
1 sudu udang kering
*kalau suka pedas tambahkan cili
1 biji limau nipis ( kal x suka masam kurangkan )
*blh juga gunakan air asam jawa ttp lbh sedap gunakan jus limau nipis
Cara:Kisar semua bahan menjadi pes

Sup Tom Yam
7 ekor udang ( dibuang kulit )
3 ekor sotong ( dipotong bulat )
1 ekor ketam ( dipotong 4 )
Sedikit isi ayam bhgn dada ( potong kiub )
1 biji bawang besar ( dipotong bulat )
1 ulas bawang putih ( diketuk )
1 inchi lengkuas ( diketuk )
2 batang serai ( diketuk )
3 helai daun limau purut
2 biji tomato ( dibelah empat )
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis 
4 sudu susu cair
cili padi ( diketuk )-kalau suka pedas blh letak lebih
1 kiub pati ayam
daun ketumbar
perasa garam dan gula

Cara-cara
1.Panaskan sedikit minyak.Tumiskan bahan kisar ( pes ) sehingga naik bau.Masukkan perahan limau nipis,garam dan gula secukup rasa.
2.Masukkan air mgkut byk mn kuah sup yg kita nak.Masukkan kiub pati ayam dan semua bahan yg diketuk.Masukkan bawang besar dan daun limau.Kemudian masukkan ketam dan isi ayam,kacau sebati.Kemudian masukkan udang dan sotong,jgn terlalu lama bg mengelakkan udang dan sotong keras.Masukkan tomato.
3.Masukkan sos ikan,perahan limau dan garam.Tutup api.
4.Masukkan susu cair dan daun ketumbar

# Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi panas atau bihun yg dicelur.





Tuesday 25 September 2012

Xtvt hujung minggu

Ni lah aktiviti kami dihujung mggu..stp kali berkelapangan saya dan suami akn bawa anak2 beriadhah...lokasi kami selalunya ikut suka dan ikut budget....heheee


Kalau time tgh2 bln selalunya kami beriadhah kt taman2 jer...kalau time 25hb tu rajin gak la 'riadhah' kt shopping2 mall... sunway ker...subang prade ker...alasannya ank2 x panas main kt dlm tu... saya lah org yg plg gumbira kal hubby ckp nk bw ank2 main kt situ sb saya berpeluang untk cuci mata @ shopping....heheee ( jgn marah yer cik abg )



datang sini time boring2 duk kt umah...cuci2 mata jer la..sambil bawa ank2 jalan..

 adik Auni takut2 lak.....

 kakak pd awalnya excited sgt nk pegang ular tu,tp bila dh dekat tkt la pulak

 ni abah yg lebihhhh ni....

 ni lah kawan adik Auni...

Jom riadhah....


 ngan sepupu sepapat


 bestnyer lepak kt sini


 Adik n kakak x nak naik2 niii...



bakal2 pelapis Pandalela Rinong...heheee


 sejuuuukkkkk


eeeeemmmm....nyum nyum

Laksam ori..kelate mari....

Hjg mggu lps saya trlebih rajin skt...al maklumlah br blk dr kg ambik resepi air tangan mak mertua....jeng...jeng...jeng...maka terhasil lah laksam yg mnjadi peberet saya dan suami...
Dulu saya dh pernah buat tp x berapa mnjadi laksamnya...keras skt,kuah dh sedap..( kata hubby la ) tp kali ni alhamdulillah menjadi jgk akhirnya.....
Jom kita semak resepi kt bwh ni....ok ker x...kal ok bgth kawan kal x ok diam2 yer...heheee



ni ler rupa laksam saya..ms ni ulam dh tggl hjg2 dah baru trngat nk capture..tp kira okey lah yer


Bahan untk laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 senduk myk masak
4 cawan air suam 
*Cara:Campurkan semua bahan.Panaskan pengukus,sapukan sdkt myk masak pd tutup periuk untk mgelakkan drp melekat, kmdn letakkan sedikit adunan ke atas tutup periuk dan kukus,tunggu sampai masak dan biarkan seketika,kemudian gulungkan.Ulang perkara yg sama shgga adunan trsebut habis.

Bahan untuk kuah
1kg ikan sardin/kembung ( lg byk ikan lg sedap - ikan direbus dan diambil isi )
2liter santan ( kalau nk kuah lbh tambahkan santan )
1st lada hitam
5ulas bwg mrh
4kpg asam ( asam gelugor )
Garam dan gula sekucup rasa
*Cara:Semua bahan dikisar bersama santan kecuali asam keping.Tulang ikan dikisar berasingan dan ditapis,campurkan kesemua bersama ngan lebihan air rebusan ikan td.Masak semua bahan di atas api yg sederhana.Kacau kuah tanpa henti shgga mendidih bg mgelakkan kuah berketul.

Bahan untuk ulam
Kacang panjang
Tauge
Timun
Kubis
Daun kesum
*Semua bahan dipotong halus
( boleh jer mskkan apa2 ulam yg disukai )

Bahan untuk sambal
Cili api + cili merah bsr
Sdkt belacan
Garam n gula
Air asam jawa/jus limau nipis
*Tumbuk atau kisar semua




Monday 24 September 2012

Gelagat anak2ku....

Salam semua...hari ni mood rajin muncul dlm diri...alhamdulillah blh la trskan mgupdate blog ni,kal tak x th la bila pulak leh n3...

Hari ni sajer jer nk upload mix pics my family...bkn apa kot2 bila boring2 nnti leh la bukak n tgk balik kngn2 yg diabadikan kt blog ni...ceeewah..terutamanya dedicated to my hubby n my kids..

masa ni lawak tul la...adik auni x nk trn sb dia ckp nk jd mcm awan dania...trpgruh ngan citer awan dania


praktikal solat..kakak n adik
adik nampak rambut laaa...

ni kngn masa birthday adik Auni 3 thn

heheeee...cian adik Auni

vroooommm...vrooommm....jom ronda2....

hahaaaa...peberet adik Auni..sampai kulit pun dia gigit

ni masa kt hospital...berkg kt KPJ tunggu abah demam kena denggi
adik Auni punyalah lasak...

ambik alih tempat abah jap...layan cartoon,nasib ler nurse kt sini semuanya baik2...

kakaaaak.....semoga jd ank yg solehah...

 Kakak dan adik Auni dpt kawan baru masa kt kampung....seronok sgt la tuuu....
budak kg zaman skrg,main pakai tablet...zmn kita2 dulu main pasir jer..

Selamat tinggal jerawat...tq Dr Haseenah

Assalamualaikum semua...di sini saya ingin berkongsi sdkt tntg pglaman saya merawat masalah jerawat.Dulu muka saya bkn lah jenis yg berjerawat...dulu kulit muka agk mulus ( heheeee perasan sndiri...xpe kan...? ) tp  semasa pregnant muka mula ditumbuhi jerawat yg agk byk dan menyakitkan..saya sangat stress masa tu sb nak cuba pakai cream2 kecantikan sebarangan x blh bmbg effect pd kndungan saya...lalu bermulalah ekspedisi saya mggoogle klinik2 yg menawarkan rawatan kulit wajah yg bermasalah ni..

Setelah bbrp lama berusaha  mncari pakar jerawat akhrnya saya berjaya mndptkannya...Klinik Pakar Jerawat Dr Haseenah,sblm mndptkan nsht drp Dr Haseenah sy ada jgk cb bbrapa produk yg tdk mmbahayakan kndungan saya tp hasilnya x memuaskan,sy pergi jumpa pakar kulit kt hosp KPJ..alhamdulillah ok skjp,tapi slps tu jerawat kembali bermaharajalela semula di muka saya ..satu hari tu nk dijadikan citer saya trpandang iklan rawatan jerawat Klinik Dr Haseenah kt dlm mjlh mgguan wanita kal x silap saya lah...sy pun call untk mmbuat appmnt... staff kt situ bgth x perlu appmnt terus jer dtg wktu pejabat.

Bermula dr situ lah saya pun mula ke klinik Dr Haseenah yg terletak di Kota Kemuning (lalu ikut hgway LKSA) dan membuat rawatan di situ.Permulaan rwtn doktor akn  melihat jenis kulit muka kita..doktor akn bg antibiotik (mkn) slma 2 bln dulu untk mematikan segala kuman2,kmdn diringi dgn krim jerawat n pncuci khusus untk kulit berjerawat,stp 2 mggu kita kena follow up kt situ..apabila jrwt dh berkurg doktor akn tmbh lg krim2 berubat yg lain...dan apabila jrwt dh hlg untk maintainkan kita punya muka spya jerawat yg dh pergi xkan kembali lg doktor akn bg supplement n krim untuk hilangkan parut...Dr Haseenah sgt2 lah freindly orangnya...n pastinya seorg doktor yg muslimah...selesa sgt mmbuat rawatan ngan doktor ni...

Bagi kwn2 yg nk cuba buat rwtn kt situ saya nk bgth awal2 la,budget untk prtemuan pertama dlm rm 250 - rm300 ( brgantung pd jenis ubat yg diberi brp byk )...2 mggu strsnya kurang lbh dlm rm250 - rm400 la..saya stp kali pergi mesti plg kurg dlm purse kena ada rm500 sb bmbg nnti bayaran lbh dr yg dibudget( pokai jgk la,tp stkt ni alhamdulillah la hubby bg sokongan penuh dr segi moral n moneynya...heheee tq sayang)...tp kal x nk pakai cash,credit card pun diterima..

Dan kesimpulannya....alhamdulillah sekarang kulit muka saya dh sgt2 ok..skrg msh follow up kt situ 2bln - 3bln sekali untk pemantauan doktor.. klinik Dr Haseenah tu jg boleh buat rwtan micro untk kecilkn pori2 muka n untk rwtn kulit kusam,bak kata semua yg berkaitan ngan kulit wajah boleh buat kt situ....tp apa2 pun sy x blh la nak n3 pic saya kt sini sb saya ni kan pemalu...heheeeee


Ini sebahagian drpd produk di Klinik Dr Haseenah...sbnrnya byk lg tp inilah antara produk basic yg doktor akn bg untk set permulaan berserta ngan antibiotik.Tp seriously nk bgth produk2 Dr Haseenah mmg agk mahal ttp alah membeli menang memakai kannnn?...setakat ni saya amt2 brpuas hati sb ianya sgt berkesan. ...untk keterangan lnjt bg sesiapa yg berminat boleh lah lawat web Dr Haseenah...Klinik Jerawat Online Dr Haseenah..


heheeeee...comel x saya ...lps buat rwtan kt klinik Dr Haseenah ...(hahaaa lawak jer)



ini antara supplement yg diberikan oleh Dr Haseenah


ini antara supplement yg saya ambil bg mmbantu mmpercepatkan proses mghilangkan jerawat n mnstabilkan hormon...juga mmbuang toksid dlm badan

gamat ni saya ambik satu sudu pg n satu sudu malam
baik untuk kulit

soy protein ni pun sgt2 bgs untk kecantikan n kesihatan...diambil satu gls sehari pun dh cukup..

Tuesday 7 August 2012

makaroni bakar & fettucini carbornara

Malam ni sudah masuk malam ke 20 ramadhan...bermakna hanya tinggal 10 hari jer lagi ramadhan yg mulia ini akan bersama2 ngan kita....bermakna juga akn bermulalah 10 akhir ramadhan kita.Sepuluh akhir ramadhan dikurniakan lailatulqadar...malam yg terbaik diumpamakan seribu bulan...

Tetiba sebak dan sayu pula bila mengingatkan entah sempat atau tidak untuk kita bertemu lg ramadhan tahun depan..Semoga Allah merahmati ramadhan kita kali ini dan seterusnya...sama2lah kita mengisi kekosongan jiwa kita dgn tadarus n zikir....




Hari ni rasa cam nk mkn pasta jer lah untuk berbuka..ank2 dan suami pun suka..jom kita kongsi resepi..

Fettucini  carbonara seafood

1/2 paket fettucini( saya pakai brand san remo-dicelur + 2sb myk zaitun n 1st garam)
1 mgkuk kecil isi ayam ( dada ayam yg dipotong dadu )
10 ekor udang ( dibuang kulit )
5 ekor sotong ( dipotong )
capsicum hijau n merah ( dipotong dadu serong )
cendawan butang ( kuantiti ikut suka )
2sb minyak zaitun ( untuk menumis )
2 ulas bwg putih ( diketuk )
1 labu bwg bsr ( dicincang / potong dadu )
2-3 biji cili padi ( diketuk - kal suka pedas )
1 tin prego sos carbonara mushroom
1 tin prego sos pasta tomato
1 tin keju n herba prego
perasa garam n gula secukupnya
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk rosemary leave
daun ketumbar

Cara penyediaan

1.Panaskan minyak zaitun n tumiskan bwg putih n bwg bsr
2.Masukkan isi ayam ( tunggu shgga agk2 daging ayam masak )
3.Masukkan cendawan butang,capsicum,udang n sotong
4.Masukkan sos carbonara,sos pasta tomato dan sos keju n herba
5.Perasakan dengan garam n gula secukupnya ( mskkn cili yg diketuk )
6.Masukkan sdkt air.Angkat n gaulkan dengan fettucini
7.Taburkan serbuk oregano n rosemary kmdn hidangkan
8.Hiaskan dengan daun pudina @ daun ketumbar



fettucini carbonara seafood



sos pasta...


antara bahan-bahan yg digunakan untk mmbuat sos pasta




antara bahan penambah perisa

Resepi makaroni bakar
Makaroni 250gram
Cheese mozarella 150gram

300gram daging kisar
1 tin cendawan butang
1 tin sos spagheti prego
1 tin pati tomato
1 labu bwg bsr (dicincang)
2 ulas bwg putih(dicincang)
2 sb myk zaitun
3biji telur

150gram cheese cheddar
1 tin susu segar
sedikit serbuk oregano n lada hitam
perasa gula n garam

Cara penyediaan
1.Rebus makaroni  + 2sb myk zaitun hgga masak dan toskan
2.Panaskan minyak n tumiskan bwg putih n bwg besar hgga wangi
3.Masukkan daging kisar - kacau sekejap
4.Masukkan sdkt air -tunggu shgga daging empuk
5.Masukkan sos spagheti,pati tomato n cndwan butang
6.Kacau sehingga pekat
7.Masukkan susu cair
8.Kacau shgga sebati dan pekat
9.Tutup api n masukkan pasta tadi n gaulkan 
10.Masukkan pasta yg dh siap digaul rata ke dalam mangkuk
11.Pecahkan telur n gaulkan dgn pasta tadi
12.Masukkan pasta yg dh bergaul sebati tu ke dalam loyang pembakar
13.Lapiskan dgn cheese ( letak cheese byk2 lg sedap )-ulang shgga pasta hbs
12.Bakar pada suhu 180c selama 40minit ( bergantung pada oven )

* Maaf pic blm sempat nk upload mknan dh hbs....x sempat nk capture




*Ni la lbh kurang rupa makaroni bakar yg akn terhasil...tp pic ni saya ambik kt izanmand.blogspot....mintak halal yer...