click

Sunday 30 December 2012

Bebola udang pedas

Bahan-bahan
500g udang segar dibuang kulit dan dicincang halus*
2sb tepung ubi kayu*
1sb tepung gandum*
1st serbuk lada hitam*
1 biji telur*
50g serbuk roti
3 biji cili api - ditumbuk*
sdkt daun ketumbar dipotong*
sdkt grm dan gula*
1kiub pati ayam @ secukup rasa*

Cara
1.Satukan semua bahan bertanda *.Gaulkan sebati.
2.Bulat2kan bahan2 tersebut.
3.Golekkan di atas serbuk roti,kmdn goreng


inilah hasilnya...






Masak lemak udang bersama belimbing buluh

Masakan yang sangat simple....jom cuba

Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana @ besar
15 biji belimbing buluh ( diketuk )
500ml santan
3ulas bawang merah*
1 inch kunyit*
5 biji cili api*
1 sudu teh cili giling
# semua bahan bertanda * ditumbuk halus
Cara
1.Masukkan santan ke dlm periuk
2.Masukkan bahan bertanda * yg tlh ditumbuk halus
3.Kacau santan lbh kurang 5mnt,mskkn belimbing buluh
4.Kacau shgga mendidih kdn mskkn udang
5.Perasakan dgn garam dan gula
# Udang tdk blh dimasak terlalu lama krn akn mybbkan udang mnjadi keras




Friday 14 December 2012

muffin coklat

Resepi yang sangat2 simple....saya buat bersama anak2 tersayang...

Bahan bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2biji telur
50g gula castor
60g tepung gandum
1st baking powder

cara cara

1.Cairkan coklat...double boiler

2.Masukkan mentega,kacau shgga mentega cair.
sementara tu panaskan oven ke 170c

3.Dalam bekas berasingan,masukkan telur dan gula.Kacau sebati

4.Kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam mangkuk coklat tadi,gaul sebati

5.Ayakkan baking powder dan tepung ke dlm bekas coklat tadi,gaul lagi

6.Isikan adunan ke dalam bekas muffin separuh penuh.Bakar selama 20-30minit


ni lerrr muffin nyer

Soy Protein Isolate Powder

Kenapa ESP sangat2 baik untuk family kita...jawapannya kerana protein adalah asas makanan kepada sel.
Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel.Apabila sel sihat dan cukup powerrrr,maka penyerapan nutrien lebih optimum.

ESP bertindak mengawal selera makan kita,sekiranya kita makan dengan kadar yang sedikit,ESP mampu menampung keperluan badan kita untuk seharian tanpa cepat rasa lapar...mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan membekalkan tenaga sepanjang hari...

ESP juga dapat menambah susu badan bagi ibu2 yg menyusukan bayi mereka...menggebu dan menganjalkan kulit...dan bagi yang ingin dapatkan zuriat amat baik juga kerana ESP ini memelihara dan memulihara rahim jg menambahkan tenaga dan kestabilan hormon...

Bak kata org klate...'molek ddo'oh'....supplement yang sgt lengkap untuk badan....

produk shakleee

Makan-makan time......

Bismillahirr rahmanirrahim......salam seindah suria semua...
Semoga kwn2 semua dlm lindungan Allah  hendaknya

Alhamdulillah hr ni stlh seharian bertungkus lumus myiapkn kerja2 rmh yg trtunggak  akhirnya dpt jgk sy melangsaikannya dgn bantuan hubby n ank2...

Terima kasih diucapkn pd hubby n ank2 trsayang,krn sudi mmbantu ibu mgemas n myiapkn kerja2 rmh..bg mghargai jasa diorg hr ni kena temankan suami n ank2 mkn kt luar biarpun bdn rasa penat sgt,tulang2 dh rs cam nk reput dah...tp kesian lak kt diorg dh penat2 tolong...trpksalah gagahkan jgk tmnkan diorg mkn kt luar..
Malam ni kami keluar mkn kt Flaming Steamboat Kota Kemunig je,ank2 terutamanya kakak suka sgt la coz mmg 'peberet' dia seafood ni...

Sebenarnya ni dh msk kali ke3 kitorg mkn kt flaming steamboat ni,tempatnya agk ok
la,harganya pun agk berpatutan...rm26.90 untk dewasa dan rm9.90 untuk knk2 4thn ke
atas...boleh mkn sampai muntah...berbaloi2...heheheeee.Dibuka dr jam5ptg-12mlm..

Family saya lebih suka dtg ke Flaming steamboat ni drp restoran steamboat yg lain,sb kt sini byk pilihan...kal kt Tupai2 sek13 tu pun ok gak,sesuai kal bw ank2 mkn sb tmpatnya santai...Segi 3 in 1 pun kami pernah cuba tp kt sini x byk pilihan,tmpat pun terhad.
Kami akn cuba steamboat area Shah Alam D'Kayangan pulak...
Kepada kwn2 yg sukakan steamboat boleh la cuba mn2 yg saya sebutkan tu,tmpt2 ni semua di Shah Alam...

 ni la flaming steamboat tu

 kakak dah x nampak org dah...

menyelerakan...mkn seafood je,nasi dah x blh masuk...


Flaming Steamboat Buffet
Shah Alam Branch

No. 7 & 9,
Jalan Kemuning Prima A33/A,
Seksyen 33, Shah Alam,
40400, Selangor.
(We are located near Kemuning Utama Giant, Facing Jalan Bukit Kemuning, same row as Seng Heng & HLK)

Operation Hours:
5pm to 12midnight everyday

Enquiries & Reservations:
Call Us at:
03-5131 5138
012-7003 771
info@flamingsteamboat.com