click

Friday, 14 December 2012

Soy Protein Isolate Powder

Kenapa ESP sangat2 baik untuk family kita...jawapannya kerana protein adalah asas makanan kepada sel.
Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel.Apabila sel sihat dan cukup powerrrr,maka penyerapan nutrien lebih optimum.

ESP bertindak mengawal selera makan kita,sekiranya kita makan dengan kadar yang sedikit,ESP mampu menampung keperluan badan kita untuk seharian tanpa cepat rasa lapar...mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan membekalkan tenaga sepanjang hari...

ESP juga dapat menambah susu badan bagi ibu2 yg menyusukan bayi mereka...menggebu dan menganjalkan kulit...dan bagi yang ingin dapatkan zuriat amat baik juga kerana ESP ini memelihara dan memulihara rahim jg menambahkan tenaga dan kestabilan hormon...

Bak kata org klate...'molek ddo'oh'....supplement yang sgt lengkap untuk badan....

produk shakleee

Makan-makan time......

Bismillahirr rahmanirrahim......salam seindah suria semua...
Semoga kwn2 semua dlm lindungan Allah  hendaknya

Alhamdulillah hr ni stlh seharian bertungkus lumus myiapkn kerja2 rmh yg trtunggak  akhirnya dpt jgk sy melangsaikannya dgn bantuan hubby n ank2...

Terima kasih diucapkn pd hubby n ank2 trsayang,krn sudi mmbantu ibu mgemas n myiapkn kerja2 rmh..bg mghargai jasa diorg hr ni kena temankan suami n ank2 mkn kt luar biarpun bdn rasa penat sgt,tulang2 dh rs cam nk reput dah...tp kesian lak kt diorg dh penat2 tolong...trpksalah gagahkan jgk tmnkan diorg mkn kt luar..
Malam ni kami keluar mkn kt Flaming Steamboat Kota Kemunig je,ank2 terutamanya kakak suka sgt la coz mmg 'peberet' dia seafood ni...

Sebenarnya ni dh msk kali ke3 kitorg mkn kt flaming steamboat ni,tempatnya agk ok
la,harganya pun agk berpatutan...rm26.90 untk dewasa dan rm9.90 untuk knk2 4thn ke
atas...boleh mkn sampai muntah...berbaloi2...heheheeee.Dibuka dr jam5ptg-12mlm..

Family saya lebih suka dtg ke Flaming steamboat ni drp restoran steamboat yg lain,sb kt sini byk pilihan...kal kt Tupai2 sek13 tu pun ok gak,sesuai kal bw ank2 mkn sb tmpatnya santai...Segi 3 in 1 pun kami pernah cuba tp kt sini x byk pilihan,tmpat pun terhad.
Kami akn cuba steamboat area Shah Alam D'Kayangan pulak...
Kepada kwn2 yg sukakan steamboat boleh la cuba mn2 yg saya sebutkan tu,tmpt2 ni semua di Shah Alam...

 ni la flaming steamboat tu

 kakak dah x nampak org dah...

menyelerakan...mkn seafood je,nasi dah x blh masuk...


Flaming Steamboat Buffet
Shah Alam Branch

No. 7 & 9,
Jalan Kemuning Prima A33/A,
Seksyen 33, Shah Alam,
40400, Selangor.
(We are located near Kemuning Utama Giant, Facing Jalan Bukit Kemuning, same row as Seng Heng & HLK)

Operation Hours:
5pm to 12midnight everyday

Enquiries & Reservations:
Call Us at:
03-5131 5138
012-7003 771
info@flamingsteamboat.com


Thursday, 29 November 2012

Cuti sekolah.....yg memenatkan..

Salam semua....

Hari ni sajer nk curi masa skt untuk update blog,lama sgt dh x berkongsi citer...tp xder apa sgt pun nk cerciter...
baru skjp tadi myiapkn assgnmnt,so skrg nk release tension skt layan blog pulak,malam karang kang nk study n stidur pulak....alhamdulillah 2 assgmnt yg dh agk nk expired date nye dh dpt disiapkan dgn jayaaanyaaaa...ceeewah..
Hari ni x menyempat nk masak mknn untk ank2 ( menu istimewa )...nasib la diorg faham ibunya busy skt.masak ns grg jer pg merangkap ke tghri...tp alhamdulillah diorg suka n x byk merungut...

Jam menunjukkan ke angka 3ptg...tiba2 si adik cakap "ibu,adik lapar la...rasa cam nk mkn pizza jer..." ibu: alaaa dik ibu kan busy,byk keja la syg x sempat ibu nk msk pizza",adik pun ckp " bkn pizza ibu la,tp pizza yg sedap tu...yg ibu cakap ngan kawan ibu dlm talipon tuuu..."haahaaa n waaaaaa....yg haahaa nyer 'pizza yg sedap' adik ckp,mksdnya pizza ibu x sedap la tu...yg waaaaaa nyer yg 'ibu ckp ngan kwn ibu kt talipon tu'...tu mksdnya delivery pizza la tuuu...x menahang betulll....
akhirnya trpaksalah ibu meng'call 'kawan' ibu tu...melayang jgk lah rm ibu...

Dah hampir semiggu kitorang tggal 3 beranak jer,abah g out station...rindulah.Anak2 pun selalu cakap x best la abah xder,muka monyok jer mmanjang..asyk2 ty bila nk sek,esk cuti lg ker..terutamanya si adik,dia ckp nk g sek nk jumpa kwn2...katanya boring kt umah naper lama sgt cuti..masalahnyer ibu nk bw ank2 bercuti pun x blh sb satunya abah xder,keduanya ibu nk exam,jd xleh la nk enjoy sgt..tapi kal ibu g kursus ibu call kt umah ty adik wat per...adik n kakak ngan riang nyer jwb adik n kakak kt luar,abah bw ronda2 naik motor...best la ibu...adduhhh...nmpknyer abh pandai tul pancing ank2....melayan karenah diorg..tq n love you hubby..

K lah...ank2 dh konyang...diorang nk tidoq ptg la pulak...kena layan diorg dulu,stop sini dulu nnti ada masa smbg lg...byeeee



ni la pizza kawan ibu yg sedap tu....




Monday, 26 November 2012

Study week...haru biruuuuu

Lamanya saya x mengupdate blog...kebelakangan ni sibuk memanjang...lg2 skrg ni nk kena study hard coz exam tggl brp hr  jer lg...tinggl brp jam jer lg kal tolak ngan mkn,tdr,tenet@ google....heheeee sempat lg tu tenet...

Aduh azabnyer bila study last minute ni..x th nk bc yg mn dulu...ni lah akbtnya kal suka sgt brtgguh..mklumlah alasannya byk keja kt sek,nk tggu cuti sek gak br nk settle semua keja yg trbengkalai kt umah.....itu semua alasan2 ciptaan sndiri...waaaaaaaaa

Apa2pun semoga Allah mempermudahkan urusan study saya krn exam 8,9,15 & 23 nov ni pasti akn dtg x kira sy dh bersedia ataupun tidak.....

Jom sambung study....hbs exam nnti kita jumpa lg kal berkesempatan insyaallahhhh...

baaaarakallah......



waaaaaa....cpt lah berlalu..

 kt library bank negara

heheeee....tggal buku n kasut jer..orgnya dh lari....

Sunday, 7 October 2012

Solok Lada....

solok lada 
Resepi Solok Lada

1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu lada hitam
3 biji bawang merah
1 inchi halia
Santan drpd sebiji kelapa
7ekor ikan sardin / ikan kembung ( lagi byk lg sedap )
10 biji cili besar - dibelah dan dibuang bijinya ( saya pakai cili hijau dr kelate )
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1.Rebus ikan bersama sdkt air,garam dan asam keping.
   Setelah masak asingkan isi ikan dan tumbuk 
2.Tumbuk bawang,halia dan lada hitam.Campurkan ke dalam isi ikan dan kelapa parut.Gaulkan
3.Setelah digaulkan tumbuk kesemua bhn tersebut.
4.Masukkan bahan yg tlh ditumbuk ke dalam cili yg telah dibelah n dibuang bijinya.
5.Susun cili yg telah siap ke dalam periuk,masukkan santan dan masak shgga santan agak kering.


Tuesday, 2 October 2012

Pizza sambal spicy


sama x cam sambal spicy domino's punyer

Dough
200gm tepung gandum
1sb susu tepung rendah lemak
1sb myk sayur @ minyak zaitun
1sb dry yeast
1st gula @ madu
Secubit garam,air suam
Cara:Campurkan semua bahan bersama air.Uli shgga doh lembut.Hasilnya doh tidak melekat pada tangan dan bekas.
Ambik doh dan leperkan di atas dulang pembakar yg tlh disapu dgn marjerin.Tutup dgn plastik dan biarkan seketika

Sauce
1labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb myk zaitun untk menumis
4 sb tomato puri
3 sb sos tomato
1 sb sos cili pedas ( life )
1 st oregano
1 st mix herbs
garam dan gula secukup rasa
Cara:Tumiskan bwg,masukkan semua bahan dan perasakan

Topping
Udang,ayam,sosej,daging,tuna ( blh masukkan apa2 shj yg digemari )
Capsicum merah dan hijau ( sy pakai cili merah sekali sb nk pedas )
Cendawan butang,bawang besar,nenas
cheese ( letak byk2 baru sedap )

Cara:Sapukan sos ke atas roti pizza,taburkan cheese,susun bahan2 topping dan sekali lg taburkan cheese.Bakar pada suhu 180c selama 35minit...bergantung pada oven.




Sunday, 30 September 2012

Tom Yam Thai ( seafood )

Hari ni saya nk berkongsi resepi tom yam seafood ngan kwn2 sumer.Resepi ni biase2 jer saper2 yg baru nk belajar masak pun boleh cuba...senang dan ringkas...Jom kita layan resepi dulu....



Perencah Tom Yam ( pes )
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
7 biji cili kering
1 inchi lengkuas
3 batang serai
1 sudu udang kering
*kalau suka pedas tambahkan cili
1 biji limau nipis ( kal x suka masam kurangkan )
*blh juga gunakan air asam jawa ttp lbh sedap gunakan jus limau nipis
Cara:Kisar semua bahan menjadi pes

Sup Tom Yam
7 ekor udang ( dibuang kulit )
3 ekor sotong ( dipotong bulat )
1 ekor ketam ( dipotong 4 )
Sedikit isi ayam bhgn dada ( potong kiub )
1 biji bawang besar ( dipotong bulat )
1 ulas bawang putih ( diketuk )
1 inchi lengkuas ( diketuk )
2 batang serai ( diketuk )
3 helai daun limau purut
2 biji tomato ( dibelah empat )
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis 
4 sudu susu cair
cili padi ( diketuk )-kalau suka pedas blh letak lebih
1 kiub pati ayam
daun ketumbar
perasa garam dan gula

Cara-cara
1.Panaskan sedikit minyak.Tumiskan bahan kisar ( pes ) sehingga naik bau.Masukkan perahan limau nipis,garam dan gula secukup rasa.
2.Masukkan air mgkut byk mn kuah sup yg kita nak.Masukkan kiub pati ayam dan semua bahan yg diketuk.Masukkan bawang besar dan daun limau.Kemudian masukkan ketam dan isi ayam,kacau sebati.Kemudian masukkan udang dan sotong,jgn terlalu lama bg mengelakkan udang dan sotong keras.Masukkan tomato.
3.Masukkan sos ikan,perahan limau dan garam.Tutup api.
4.Masukkan susu cair dan daun ketumbar

# Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi panas atau bihun yg dicelur.